
Sulit
2 tahun
Badan Berbau & Kuat berpeluh
Saya lelaki, umur saya 24tahun. Kenapa badan saya berbau? Adakah dalam badan saya penuh dengan toxin? Saya rasa malu dengan bau badan saya, ia menganggu orang lain. Saya berhenti makan bawang dan cuba jalani gaya hidup sihat. Cthnya, jogging setiap pagi. Kalau di siang hari, badan saya banyak keluar peluh, kena cahaya matahari skit je, dh berpeluh. Peluh teruk jugak, basah baju. Kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah badan kuat berbau ini boleh disebabkan:
- Kuat berpeluh - akibat “hiperhidrosis primer” (punca yang tidak diketahui) atau sebab hipertiroid, penyakit Cushing
- Testosteron lebih dalam badan
- Kebersihan diri - tidak memakai sabun atau deodoran
- Pemakanan yang kuat bau
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.