
Sulit
3 tahun
Badan berbintik hitam
Saya seorang lelakii berumur 16 tahun, semenjak awal tahun, saya mengalami bintik² hitam di badan saya terutamanya di belakang badan saya, saya rasa ia bukan jerawat, dan saya telah mencuba banyak jenis sabun untuk menghilangkannya tetapi tidak dapat, bole kah saya tahu mengapakah saya mendapat bintik hitam itu dan cara untuk mengurangkannya/menghilangkannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pernyataan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Secara umumnya gejala yang anda alami boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit, antaranya adalah:
- ketuat/kutil
- keratosis
- fibrokeratoma
- dan penyakit kulit yang lain
Anda boleh berhubung dengan doktor ataupun doktor pakar kulit kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!