Sulit
3 tahun
Badan kebas dan lenguh
saya nk tahu apa punca dan apa cara penyelesaian nya, badan saya tak berapa selesa sbb saya ada rasa kebas kebas dan sedikit lenguh. adakah sbb penat berkerja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu badan kebas dan lenguh. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Hypoglycemia yaitu kurang gula dalam darah
- Stroke yaitu apabila bahagian otak yang terkena tidak mendapat oksigen
- Migraine sejenis sakit kepala
- Komplikasi kencing manis
- Multiple sclerosis yaitu masalah sistem saraf pusat yang mana apabila signal tidak dapat disalurkan dengan benar
- Malnutrisi atau kurang vitamin sehingga mengganggu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh
- masalah saraf
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit kaki
- Hilang/gugur bulu di bahagian badan
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih