Anonymous
6 tahun
Badan mengigil tiba-tiba
wife sy berumur 52thn.pagi tdi lepas wife sy kayuh basikal…dia berehat dia ats katil…tiba2 badan dia rasa sejuk & mengigil dgn begitu kuat…sy cuba peluk dia untk kurangkan sejuk itu…dlm masa sama sy berckp dgn dia n srh dia bernafas seperti biasa…dlm 15minit juga perkara itu berlaku…selepas itu keadaan kembali seperti biasa… tiada demam n tiada ap2… apkah yg berlaku ye dok??? adkah simptom itu bhya??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, oleh kerana gejala terjadi setelah bersenam dan baru pertama kali, boleh jadi hal ini adalah disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang gula dalam darah
- Dehidrasi
- Kedinginan
- Adrenaline rush post workout
Bagi mengelakkan kejadian ini terjadi lagi, sebaiknya anda mengamalkan langkah berikut setiap melakukan aktiviti senaman yaitu:
- Mengenakan baju berlapis dan gantikan yang kering untuk mengelakkan hipotermia
- Sentiasa melakukan cool down setelah bersenam
- Minum air yang cukup
- Jaga pemakanan supaya gula darah tidak turun terlalu rendah setelah olahraga
- Mandi air hangat setelah bersenam
Akan tetapi, sekiranya gejala ini terjadi disertai sakit dada ataupun sesak nafas, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Photo by Blubel




































