
Sulit
4 tahun
Badan rasa panas dan rasa sejuk
Badan saya berasa panas, tp pd masa yg sama rasa sejuk (chills). Saya juga berpeluh2 tp still rasa sejuk2. Saya x demam tp sy ada ambik ubat demam 2 biji. Adakah ini salah 1 simptom covid yg tersenarai ? Saya risau sgt ni doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa panas dan sejuk pada waktu yang sama. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Akan tetapi, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain dan memerlukan pemerhatian doktor, seperti:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Penyakit TB
Anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut bagi mengetahui punca sebenar masalah anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Badan anda terasa seakan panas dan sejuk? Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini