
Sulit
5 tahun
Badan terasa demam ringan @ demam on and off
Sy mengalami simptom demam ringan @ demam sedikit. Tiada gejala batuk atau sesak nafas. Perlu atau tidak sy menjalani saringan atau hanya monitor dahulu. Gejala demam ini terjadi selepas melawat ke KPJ shah alam dan juga IJN pada selasa lepas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, brikut adalah gejala jangkitan coronavirus:
Sakit tekak
Batuk
Selsema
Demam
Sesak nafas
Sakit badan
Seperti yang disenaraikan di atas, gejala jangkitan coronavirus adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, untuk membantu pakar perubatan membuat keputusan risiko seseorang individu haruslah diketahui. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di hospital bagi melakukan ujian saringan COVID-19.
Buat masa sekarang, anda digalakkan untuk mengawasi gejala anda. Sekiranya ia semakin teruk atau berlarutan, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini