hanisfarahin254
4 tahun
Bagaimana hendak tahu diri hamil
Saya sudah berkahwin hampir 10 bulan dan haid saya tidak teratur last saya didatangi haid selepas 3bulan berkahwin macam tu dan saya didatangi seperti bercak darah yang bertompok warna kecoklatan sebelum coklat dia datang dengan warna merah jambu… Sampai sekarang saya tidak lagi haid… Tapi emosi saya sekarang berbeza dengan yang dulu sekarang saya suka marah2 kadang sedih la macam2 tapi hal yang kecik… Dengan rasa mual rasa nak tidur saja badan cepat letih sakit pinggang kaki bengkak bila berjalan banyak tak seperti dulu yang saya ni suka sangat banyak jalan… Macam mana nak tahu diri ini hamil atau tidak dengan pireod tak teratur dan sejak bercak itu muncul saya tak datang haid… Perut saya menjadi tegang/keras… Tapi tespek masih negatif… Baru2 ini payudara saya mengeluarkan susu tapi tidak pekat… Doc tolong jelaskan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
- Kehamilan
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.