stonemaster4

6 tahun

Bagaimana nak ubat ejakulasi pramatang

Bagaimana merawat ejakulasi pramatang dan bagaimana untuk bertahan lama semasa persetubuhan dengan isteri

Hai Selamat Pagi encik. Terima kasih untuk soalan encik. Untuk pengetahuan encik, masalah ejakulasi pramatang ialah keadaan di mana seseorang lelaki tidak mampu mengawal ejakulasi dan ejakulasi berlaku terlalu pantas ketika alat kelamin diransang, seperti ketika bersetubuh atau masturbasi.

Kebanyakan masalah Ejakulasi pramatang dialami oleh golongan muda dan sebab utamanya ialah perasaan gugup, gemuruh dan panik. Jika encik mempunyai perasaan gugup atau gemuruh ketika hubungan intim bersama isteri, encik boleh cuba untuk menenangkan diri sebelum bersetubuh dengan isteri. Jika ini tidak berkesan, encik dan isteri boleh berjumpa dan mendapatkan nasihat dari seorang psikoterapi seksual.

Selain itu, encik juga boleh melakukan beberapa senaman yang juga terbukti berkesan dan selamat untuk merawat ejakulasi pramatang. Antaranya ialah senaman ‘stop-start’ dan senaman otot pelvik. Senaman ‘stop-start’ ini boleh dilakukan dengan menghentikan ransangan kepada alat kelamin ketika dalam keadaan ereksi ketika encik merasakan hampir mencapai ejakulasi dan cuba menahan diri anda sehingga perasaan untuk ejakulasi tersebut hilang, Ulang langkah ini untuk beberapa kali setiap satu sesi.

Jika ini masih tidak berhasil encik boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar. Sejenis ubat dinamakan SSRI boleh diberi akan tetapi ubat ini turut mempunyai beberapa kesan sampingan dan tidak boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Dr Ilias,

6 tahun

Selamat sejahtera, Encik. Terima kasih untuk soalan anda.

Terdapat beberapa kaedah untuk merawat ejakulasi pramatang yang pertamanya merupakan cara perubatan. Ubat perencat selektif serotonin atau dikenali sebagai SSRI seperti Paroxetine, Sertraline, Fluoxetine, Citalopram bersama Clomipramine dan krim anaestetik telah menunjukkan manfaat yang konsisten kepada pesakit. Perubahan positif boleh bermula 5-10 hari selepas pengambilan ubat ini tetapi lebih jelas selepas 2-3 minggu & boleh dikekalkan selama beberapa tahun. Penggunaan krim haruslah digunakan 20-30 minit dengan pengunaan sebelum bersama agar keberkesannya dapat dirasai. Dalam kebanyakan kajian, penggunaan ubat 3-6 jam sebelum bersetubuh membawa kesan yang baik kepada ramai pesakit ejakulasi pramatang.

Terdapat juga beberapa kaedah-kaedah fizikal yang boleh cuba diamalkan untuk merawat ejakulasi pramatang ini seperti senaman Kegel yang akan melatih supaya otot pada bahagian kemaluan dapat dikawal supaya ejakulasi dicapai pada masa yang sesuai untuk anda dan pasangan. Melancap beberapa minit sebelum bersetubuh dengan pasangan anda juga membantu mennagani masalah ejakulasi pramatang.

Semoga jawapan ini membantu di dalam menjawab persoalan anda. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)