
arenesantos
5 tahun
Bagaimana untuk mengawal Penyakit asma Dan naikkan berat badan
Saya lelaki berumur 37 tahun, telah menghidap penyakit asma sejak kecil. Asma kerap berlaku terutama sekali ketika malam, cuaca sejuk Dan memindahkan barang yang berat. Ketika asma menyerang saya hanya menyedut inhaler. Baru-baru ini juga berat badan saya semakin berkurang dan menjadi terlalu kurus Di bawah paras bmi. Pemakanan saya masih seperti biasa. Tapi amat sukar untuk menaikkan berat badan saya. Bagaimana untuk mengatasi penyakit ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah asma ini memerlukan rawatan dengan menggunakan “inhaler” yang disarankan oleh doktor. Terdapat “inhaler” untuk pencegahan (yang mengandungi steroid atau modulator imun) serta “inhaler” untuk rawatan akut seperti yang anda gunakan. Selain penggunaan alat sedut, anda juga digalakkan memakai topeng muka pada musim jerebu ini disamping tidak tidur dalam bilik yang terlalu sejuk. Selain asma, terdapat juga kondisi lain yang serupa kepada asma iaitu COPD atau paru-paru sempit akibat sejarah merokok/vape atau faktor keturunan.
Bagi masalah kurus anda, ianya perlu disiasat dahulu kerana maklumat tambahan seperti jenis pemakanan, gejala-gejala hormon seperti hipertiroid atau kehilangan berat badan tanpa disengajakan perlu diketahui bagi mengenalpasti punca kepada masalah ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.