Nur Liana

5 tahun

Bagaimanakah cara untuk mencegah kehamilan ini?

Selamat pagi doktor, saya Lina. Baru-baru ini saya telah bercuti dengan bf saya di luar negara, tetapi saya terlupa membawa ubat OCP saya. Saya risau saya akan mengandung kerana kami tidur bersama dan saya berasa ada high chances untuk saya mengandung. Ada tak cara nak menghalang atau mencegah kehamilan ini? tolong saya doktor.

Salam sejahtera. Sekiranya anda terlepas makan pil kawalan kehamilan, memang risiko kehamilan berlaku akan meningkat sekiranya anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (UPSI). Sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah kehamilan, kontraseptif kecemasan boleh digunakan. Terdapat dua jenis kontraseptif kecemasan iaitu kontraseptif hormon dan alat kontraseptif intra-rahim (IUCD) seperti:

1.Levonogestrel mengandungi hormon progestogen yang bertindak menghalang ovulasi. Ia perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas UPSI. Dos pertama harus diambil secepat mungkin dan dos kedua perlu diambil selepas 12 jam, tidak melebihi 16 jam kemudian. Kesan-kesan sampingannya termasuk loya, muntah, sakit kepala, kesakitan payudara, sakit perut dan gangguan haid.

2.Ulipristal acetate (UA), merupakan sejenis “modulator” reseptor progestogen yang mencegah atau menundakan ovulasi. Ia perlu diambil dalam tempoh 120 jam selepas UPSI. UA tidak sesuai untuk kegunaan biasa dan tidak dapat digunakan lebih daripada sekali dalam satu kitaran haid.

3.IUCD yang mengandungi tembaga boleh digunakan dalam tempoh 120 jam selepas berlakunya UPSI. IUCD berfungsi menghentikan telur daripada disenyawakan atau ditanam di rahim. Ia juga boleh digunakan sebagai kontraseptif jangka lama jika dikehendaki. IUCD sesuai bagi pengguna yang terlambat mengambil levonogestrel, tidak mahu ubat hormon atau mahukan kontraseptif kecemasan yang paling berkesan.

Walaupun semua kontraseptif ini digunakan dengan betul, masih terdapat risiko kecil kehamilan. Pengguna kontraseptif kecemasan dinasihatkan berunding dengan doktor bagi tujuan pemantauan.

Salam sejahtera. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Berdasarkan situasi anda, kaedah perancang kecemasan diperlukan.

Terdapat dua cara utama iaitu menggunakan pil perancang kecemasan dan intra-uterine contraceptive device (IUCD). Kedua-dua cara ini adalah terbatas dengan masa. Ia perlu diambil dalam masa lima hari selepas melakukan hubungan intim tanpa perlindungan, atau kegagalan kaedah pencegah kehamilan. Terdapat pelbagai jenis pil kontraseptif kecemasan seperti Ella dan Plan B. Plan B adalah kontraseptif kecemasan yang hanya mengandungi progestin dan sesuai terutamanya untuk ibu yang sedang menyusu kerana ia tidak mengubah susu ibu.

Untuk Plan B, dicadangkan untuk mengambilnya dalam 72 jam selepas hubungan intim tanpa perlindungan.Kedua-dua ubat ini mempunyai kesan sampingan yang ringan seperti sakit kepala, mual dan sakit perut. Walau bagaimanapun, sebagai kaedah pencegah kehamilan jangka panjang, anda tidak digalakkan untuk menggunakan pil ini kerana ia tidak terbukti untuk digunakan sebagai pil kawalan kelahiran biasa. Anda juga tidak disarankan untuk menggunakan ubat-ubat ini lebih daripada sekali dalam satu kitaran haid. Hal ini kerana aturan kitaran haid anda mungkin terjejas. Pilihan lain yang membolehkan anda terus menggunakannya dari kecemasan kepada kontraseptif biasa ialah IUCD. Alat ini dimasukkan ke dalam faraj dan tidak menyebabkan kesakitan semasa hubungan intim.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)