Sulit

2 tahun

Bahagian di bawah tekak (trakea) gatal dan ada kahak

Saya bukan seorang perokok, tetapi trakea saya selalu gatal. Kadang-kala berasa penat, hidung dan telinga pun sakit, ada perasaan ingin muntah dan sakit dada. Rasanya macam ada angin di bahagian dada.
Saya tidak tahu ini akibat oleh “long covid” atau jangkitan bakteria dan virus lain. Saya selalu tidur dalam bilik air-cond. Atau kemungkinan akibat daripada pemakaian mask terlalu panjang masa.
Dulu saya risau kemungkinan diakibatkan oleh covid-19 sebab saya pernah pergi Eropah pada tahun lepas pada bulan Februari 2020. Lepas itu saya bermula sakit tekak selama setengah tahun. Saya pernah pergi hospital buat screening. Doktor masukkan kemera ke dalam tekak saya tetapi tidak dapat check apa-apa masalah.
Sekarang di bahagian dada saya, iaitu di tempat trakea saya ada berasa gatal. Kegatalan itu akan menyebabkan saya batuk. Saya ada memakan ubat batuk tetapi tidak berkesan. Sekarang saya hanya boleh makan ubat amoxicillin(antibiotik) apabila tempat trakea saya gatal.
Pada mulanya saya ingatkan penyakit saya diakibatkan oleh covid-19, tetapi lepas saya siapkan 2 dos vaksin covid-19 masih gatal di trakea saya. Saya juga buat RTK-antigen test di klinik yang mendapat result negative.
Sakarang ini, saya search di dalam google, penyakit saya ini kemungkinan ialah “Tracheobronchitis” iaitu tempat di bahagian bawah tekak saya meradang/bengkak.

Saya berharap doktor boleh menasihatkan saya apa-apa cara sekarang yang saya dapat merawat penyakit saya ini?

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Berdasarkan soalan anda, saya memahami bahawa anda sering mengalami keadaan gatal pada tekak, batuk serta kahak sejak tahun lepas. Anda juga pernah mendapatkan ujian Covid-19 serta kamera dimasukkan ke bahagian kerongkong tetapi semuanya normal. Anda sekarang ingin mendapatkan nasihat sepatutnya bagi merawat gejala ini. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan gejala yang anda senaraikan. Contohnya seperti:

  • Jangkitan Tuberculosis
  • Pneumonia
  • Tracheobronchitis / Bronchitis
  • Asthma
  • Titisan Postnasal (postnasal drip)
  • GERD (gastro-esophageal reflux disease)

Banyak penyakit yang boleh menyebabkan kumpulan gejala yang anda nyatakan. Tanpa ketahui sejarah klinikal anda, pemeriksaan fizikal serta ujian yang sepatutnya, diagnosis yang tepat tidak dapat dibuat.

Saya sarankan agar anda berbincang dengan doktor anda perihal perkara ini. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.

Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!

happy%20interaction

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)