
Anonymous
5 tahun
Bahagian kemaluan ada ketulan
Saya wanita berusia 30tahun . Saya rasa bahagian kemaluan saya ada ketulan . Saya tak pasti itu normal atau berpenyakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Mons Pubis atau Mons Veneris ialah bahagian paling luar organ genitalia yang terletak di bagian depan dan ia merupakan kusyen dan lemak anda berkumpul di kawasan anda sekiranya anda berada dalam golongan obese. Manakala labia major dikenal juga sebagai bibir besar kemaluan merupakan struktur berupa lipatan seperti sepasang bibir yang merupakan lanjutan dari mons pubis dan permukaan labia mayor menjadi dua lapisan.
Labia minor atau bibir kecil kemaluan terletak di sebelah dalam, berada tepat setelah lipatan labia mayor dan mengelilingi lubang vagina dan ia mempunyai struktur yang hampir sama dengan labia mayor tetapi labia minor tidak mepunyai rambut serta terdapat saluran darah. Labia minor juga mempunyai beberapa kelenjar sebacea.
Berat badan yang berlebihan adalah risiko untuk penyakit seperti kencing manis, hypertension dan stroke. Anda boleh mulakan gaya hidup sihat anda dengan membuat senaman sebanyak tiga kali seminggu selama tiga puluh minit. Anda boleh melakukan brisk walking, jogging, zumba dan menyertai gim di kawasan anda.
Anda juga haruslah mengawal makanan anda dan makan makanan yang seimbang. Lebihkan pengambilan sayur- sayuran, buah- buahan dan kurangkan makanan yang berminyak. Selain itu, anda haruslah kerap minum air suam dan mengelakkan minum minuman manis.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.