
Sulit
5 tahun
Bahagian tepi lidah kiri dan kanan sakit
Sy nk tanye…knp bahagian kiri dan kanan tepi lidah,sakit…ape perlu sy buat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pada bahagian lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Ulser
- Luka akibat makanan contohnya yang panas, tajam ataupun pedas
- Luka akibat tergigit atau struktur gigi yang tidak betul
- Cara memberus gigi yang salah
- Kurang menjaga kebersihan mulut
Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan adalah:
- Memberus dan membersihkan gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
- Memperbanyakkan minum air
- Mengelakkan pemakanan yang boleh mengiritasi kulit mulut dan lidah
- Mengunjungi doktor gigi setiap 6 bulan
Kami mendapati bahawa anda telah menanyakan soalan yang sama secara berulang kali. Sebaiknya anda merujuk ke klinik kesihatan berdekatan dan meminta untuk dirujuk ke doktor pakar. Untuk mendapatkan konsultasi doktor kami, silakan klik (DoctorOnCall) ataupun mengunjungi klinik kesihatan yang berdekatan agar masalah kesihatan anda dapat diatasi dan tidak memburuk. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.