
Sulit
4 tahun
Bangun pagi dengan keadaan sakit perut
saya bangun pagi . tiba tiba kepala saya sakit di belakang . dalam masa yang sama saya sedawa sehingga rasaa hendak muntah . boleh doktor jelaskan sbb apa ? dan satu lagi saya berasa hendak membuang tapi bila pergi ke tandas tidak membuang . adakah sbb angin ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan kurang jelas bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit perut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Apendiks
- Keracunan makanan
- Gerd
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
- Sembelit
Bagi sakit kepala yang anda alami, beberapa penjelasan adalah seperti:
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Masalah kesihatan lain, seperti kanser otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jika masalah ini berpanjangan, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini secara langsung dengan doktor. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.