
Sulit
4 tahun
Bantu saya kerana Azelaic acid sakit gatal kesan sampingan yang mbaru di awal 2 minggu
Bantu saya Hi. Patut ke saya teruskan memakai azelaic acid walaupun sy mendapatkan kesan sampingan nya. Sperti gatal dan rasa burn. Saya rasa mcm tu dalam 20 minit. Walaupun baru memakainya dlam 2 minggu. Patut ke sayanteruskan atau berhenti shaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda. Secara amnya, jika sesuatu produk penjagaan kulit menyebabkan kulit anda terasa gatal dan terbakar, ini bermaksud kulit anda sensitif kepada produk tersebut. Oleh itu, anda digalakkan untuk memberhentikan penggunaan azelaic acid.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.