
dockearina
2 tahun
Batuk berpanjangan dan berdarah
Saya wanita berumur 41th , saya batuk hampir 2 bulan dan sy juga suda membuat pemeriksaan x ray blood test n kahak bg memasti kan sy tdk terkena tb sbb sblm ini sy pernah d jandkiti tb tp semua nya ok dr hasil ujian darah dan x ray begitu juga kahak sy . Masalah sekarang sy masih lg batuk dan sejak smlm sy batuk mengeluar kan darah . Sekarang sy x pasti knp sy batuk x stop lagi .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya keterangan yang anda berikan adalah masih kurang jelas. Sebaiknya dijelaskan riwayat penyakit sedia ada serta gaya hidup seperti merokok dan sebagainya. Untuk makluman anda, batuk yang lama disertai kebas kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat rokok
- Masalah saluran darah
- Jangkitan paru tuberkulosis
- Bronchiectasis
- Hypokalemia - akibat kekurangan kalium (K+)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.