Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk berpanjangan hampir 2 bulan / pesakit darah tinggi /

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 20, 2020 4:09 AM

Sulit 52 hari

salam sejahtera, nama saya audrey john. saya nak bertanya bagi pihak ayah saya seorang pesakit darah tinggi dan dia diprescribe ubat APO-HYDRO HYDROCHLOROTHIAZIDE TABLETS USP 25MG (APOTEX INC.). sekarang ni dia mengalami batuk hampir 2 bulan dan bila buat pemeriksaan xray, keputusan normal. untuk makluman pemeriksaan xray dilakukan diklinik kesihatan Debak, Sarawak. Tetapi batuh masih lagi berlarutan. semalam dia sekali lagi pergi keklinik kesihatan diDebak dan pegawai perubatan disitu mengatakan ada kemungkinan batuk ayah saya tidak sembuh kerana ubat darah tinggi yang dia makan sekarang tidak bersesuaian dengan dia. Pegawai perubatan tersebut mencadangkan untuk menggantikan dengan ubat darah tinggi yang lain. Tetapi, selepas berjumpa dengan pegawai perubatan yang lain, tiba-tiba dia mengatakan bahawa batuk ayah saya bukan disebabkan ubat tetapi disebabkan ada masalah dibahagian paru-paru (semasa datang keklinik pagi itu, ayah saya tidak pernah disuruh untuk melakukan xray paru-paru, hanya pemeriksaan BP biasa). Jadi sekarang, klinik kesihatan debak hanya membekalkan ayah saya dengan ubat batuk sahaja.

soalan saya adalah:

  1. adakah mungkin batuk berlarutan ayah saya disebabkan ubat darah tinggi yang tidak sesuai? Kalau ya, kenapa pihak klinik tidak merujuk atau mencadangkan ubat dia untuk ditukar?

  2. Kalau betul ayah saya ada masalah paru-paru, kenapa diprescribe kan dengan ubat batuk sahaja? Kenapa dia tidak disuruh untuk merujuk kepada klinik pakar? Sebab setahu saya tidak mungkin ubat batuk boleh mengubati masalah paru-paru.

Tolong saya doktor.

Dr Ramzdhan 52 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, memang ada ubat darah tinggi yang menyebabkan batuk berpanjangan. Namun, dalam kes ayah anda, ubat tersebut bukanlah ubat yang menyebabkan batuk tersebut. Ubat batuk yang bertindak sebagai ACE inhibitor menyebabkan batuk berpanjangan.

Selain itu, masalah batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan, antaranya:

  • Tibi (batuk kering)
  • masalah kegagalan jantung (batuk berkahak warna merah jambu)
  • common cold (batuk berkahak putih, kuning)
  • asma (batuk berkahak warna putih)
  • idiopathic pulmonary fibrosis (batuk kering)

Berdasarkan masalah kesihatan, banyak lagi maklumat yang saya perlukan untuk mengenalpasti jika masalah batuk yang ayah anda hadapi disebabkan masalah paru-paru atau batuk biasa. Oleh itu, Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian berkenaan masalah darah tinggi yang anda alami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed May 20 2020 04:09:30 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Kahak kahak berdarahnak tahu apa punyanya Saya berusia 46 th,bila saya bersin terkeluar kahak berdarah dari mulut Baca lagi...
54 hari
Sulit
Batuk, Keletihan dan Sakit Kepala Hi. Saya telah mengalami gejala batuk lebih sebulan yang lalu dan telah merujuk kepada doktor klinik swasta, Dan doktor mengesahkan saya cuma batuk biasa. Tetapi gejala batuk saya tidak berkuran… Baca lagi...
51 hari
Sulit
Berat turun secara mendadak and batuk berpanjangan selama 2 bulan Saya lelaki dalam umur 30an telah mengalami masalah batuk berkahak dan cirit birit dari awal bulan march. Berpunca Baca lagi...
57 hari
Sulit
Batuk sudah hampir dua minggu,tiada demam dan selesema, Saya batuk sudah hampir satu minggu,dan kadangkala terasa seperti sukar bernafas. Saya tidak demam dan tidak mengalami selesema. Saya juga sudah buat pemeriksaan dan diberikan antibiotik…dan se… Baca lagi...
2 bulan
khaire_tupai
Batuk selepas makan atau minum benda yang manis anak saya semass PKP sering batuk selepas makan atau minum bnda yang manis… dan penah di masuk kan ke wad… selepas keluar doctors memberi tahu yg anak saya trkena jangkitan kuman di paru2. … Baca lagi...
55 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi