Sulit
2 tahun
Batuk berpanjangan, hilang deria bau dan telinga berdengung
Saya lelaki 45 thn, saya batuk berkahak 2minggu belum hilang dan skrg hlang deria bau tapi x selsema dan kedua2 telinga berdengung, ada saya dikategori sympton covid19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai simptom yang anda alami iaitu batuk dan hilang deria rasa. Tambahan lagi wabak COVID-19 mempunyai gejala yang serupa. Kami akan cuba membantu anda.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk gejala yang disebutkan di bawah ini, sila berjumpa dengan doktor dengan segera :
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berpandukan senarai gejala di atas, anda disarankan untuk melakukan ujian saringan untuk memastikan anda dijangkiti COVID-19 atau tidak.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini