
Sulit
2 tahun
Batuk berpanjangan sehingga 1 bulan
Sy wanita berumur 35 thun. Sy mengalami sakit tekak n sukar menelan serta batuk selama 3 mnggu. mnggu ke 4 skt tekak n sukar menelan tlh tiada tetapi Sehingga kini sy msh lg batuk n tekak berasa gatal pada waktu mlm terutamanya. Sy tdk demam n selsema spnjng 4 mnggu itu. Sy tdk mngalami mslh semasa inhale ttapi ra tdk selesa semasa exhale. TQ

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.