Sulit
2 tahun
Batuk dan gatal di bahagian tekak
Salam sejahtera doktor. Saya seorang remaja lelaki berumur 18 tahun. Mengenai masalah saya iaitu pada beberapa minggu yang lepas saya telah menerima suntikan vaksin yang ke dua dos. Selepas berapa hari saya telah mengalami batuk dan gatal di bahagian kerongkong tekak sejak menerima vaksin berapa minggu yang lepas.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah batuk dan gatal pada bahagian kerongkong selepas pengambilan vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda tidak dikaitkan dengan penerimaan vaksin Covid-19. Punca-punca yang boleh kami pertimbangkan untuk masalah anda ialah :
- Dehidrasi
- Jangkitan pada saluran pernafasan
- GERD
- Merokok
- Alahan
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor sekiranya ia masih berterusan ataupun bertambah teruk. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor kami secara atas talian jika perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.