
izadshahizam
5 tahun
Batuk dan kerap pening
Hi, saya lelaki berusia 29 tahun…sejak 3,4 hari kebelakangan ini saya mengalami sakit tekak & batuk, tapi hari ini sakit tekak sudah tiada cuma batuk sahaja. Disampaing itu saya juga kerap merasa pening kepala.
Apabila waktu tidur, saya juga merasa seperti hidung tersumbat.
Adakah saya berisiko menghadapi covid 19?
Untuk pengetahuan doc, saya tidak pernah berkunjung ke luar negara dan mempunyai kontak rapat dengan mana2 pesakit yang disahkan mengalami covid 19.
Saya ada mendapatkan rawatan di klinik swasta, mengikut doc tor yang merawat, beliau memberitahu saya mengalami darah tinggi.
Saya juga seorang yang mempunyai anti body yang lemah, ini kerana saya mudah berjangkit pada rakan sepejabat yang mengalami demam mahupun selsema. simpton batuk yang saya alami juga sekarang berpunca dari rakan sepejabat yang batuk & selsema.
Harap doc dapat membantu saya,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi, terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda di sini. Oleh kerana wabak COVID-19 masih menular, anda risau anda berpotensi mendapat jangkitan tersebut,lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai simptom jangkitan COVID-19 seperti batuk dan sakit tekak. Oleh kerana anda tiada kontak rapat dengan sesiapa yang disahkan dengan COVID-19 atau melawat ke negara yang berisiko tinggi, anda mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti virus ini. Namun berdasarkan simptom batuk anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, batuk dan sakit tekak boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Walaupun risiko anda rendah untuk mendapatkan jangkitan COVID-19, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini