
ennaa92
2 tahun
Batuk disertai muntah
Salam sejahtera. Saya mengalami batuk yg teruk sehingga muntah hampir seminggu. Dah pergi ke klinik tapi doc kata tonsil okay cuma merah saja. Saya juga telah ambil ubat dan minum banyak air tapi batuk tidak berkurangan juga. Bagaimana ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk yang berpanjangan yang anda alami ini boleh disebabkan;
- Alahan atau asma
- Jangkitan virus dalam saluran udara/paru-paru
- Luka pada tekak - akibat muntah dan asid perut
- Demam influenza
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.