Sulit
3 tahun
Batuk hilang tapi tekak ada kahak la.. Batuk dah kurang tak sakit lagi
Badan rasa sakit sakit otot jari kaki lengan rasa lenguh… Suhu bdn panas sejuk… Tak demam… Ada cirit birit 3hari… Hari ni tak de…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Keracunan makanan
- Radang apendiks
- Demam denggi
- Malaria
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui punca sebenar anda mengalami gejala sedemikian.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.