Sulit
3 tahun
Batuk karang dalam buah pinggang
adakah U-Lite dapat menghilangkan/mengurangkan batu karang dalam buah pinggang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, U-lite adalah merupakan sejenis ubat pengalkali urin yang mana ia biasanya meneutralkan urin yang bersifat asid dan melegakan rasa sakit pada kes-kes jangkitan saluran kencing dan batu karang. Bagi sesetengah batu yang kecil ia mungkin dapat keluar/ berkurang. Bagaimanapun, bagi batu yang besar ia tidak dapat diubati. Justeru, anda harus mendapatkan konsultasi doktor agar dapat dirujuk lanjut ke doktor pakar untuk mendapatkan rawatan yang dapat menghilangkan batu tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.