
Sulit
2 tahun
Batuk kering waktu malam
hi doktor,saya wanita berusia 30tahun…saya kerap batuk waktu malam…siang hari saya kurang batuk…bila saya dah lena mesti akan terjaga sebab batuk…terasa tekak geli2…kadang bila saya batuk sampai terkucir cikit dalam seluar…saya ade ambik ubat batuk cap ibu n anak tapi saya tetap batuk…kenapa yer doktor? serius ker? ape ubat saya perlu ambik yer?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Rawatan bergantung kepada punca batuk. Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.