Sulit
3 tahun
Batuk lebih seminggu dan rasa tidak selesa
Hi, saya seorang lelaki berumur 25 tahun, dan agak berat 110kg… untuk pengetahuan, saya telah batuk nak masuk seminggu… batuk yg saya alami ni tekak saya tak sakit, tapi cuma gatal sikit, kahak pun tak berapa banyak… tapi terasa kahak ada di dada… kahak yg dapat keluarkan pun hanya warna putih sahaja… untuk pengetahuan, saya takde rasa sesak nafas ataupun sakit ketika tarik atau hembus nafas, cuma batuk yg saya alami ni seperti terasa ada kahak di dada & susah untuk keluarkan. Kadang2 bila saya baring, terasa seperti angin di perut dan angin tu terasa ingin naik ke dada, untuk pengetahuan, saya tidak pernah alami sakit gastrik, tetapi saya pernah bertanya dengan kenalan, itu mungkin disebabkan asam lambung…walaubagaimanapun keadaan itu tidaklah membuatkan saya rasa kurang selesa… cumanya saya sekarang ni agak risau kerana dah hampir seminggu batuk saya tak baik2, saya takde rasa demam@selesema… cuma ada sedikit rasa mual sahaja…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau GERD
- Radang tonsil
- Karang tonsil
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Jangkitan paru-paru
- Bronkiektasis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jangan berlengah dan jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Kahak berwarna hijau atau bercampur darah
- Muntah-muntah
- Nafas berbau
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.