
Sulit
4 tahun
Batuk, nafas berbunyi, hidung tersumbat
Hi, sya berumur 28tahun dan seorang perempuan. Saya menjalanj rawatan untuk allergic rhinitis sejak tahun 2019. Sejak bermulanya pkpb di negeri sabah ni, aktiviti diluar semakin terhad untuk dilakukan. Dan saya mula alami gejala hidung berair dan tersumbat hanya pada malam Hari terutama sebelum tdr, batuk dan nafas berbunyi serta terasa sempit pernafasan. Ini mengakibatkan saya kadang terbangun dari tidur dimalam hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi kerana maklumat terhad yang anda berikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan gejala allergic rhinitis (resdung) yang anda hadapi. Anda boleh merawat atau hilangkan resdung melalui beberapa cara. Ini termasuklah ubat-ubatan, serta rawatan sendiri yang dilakukan di rumah dan kemungkinan ubat-ubatan alternatif. Berjumpa dengan doktor anda sebelum mencuba sebarang rawatan baru bagi resdung.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa ubat yang boleh merawat resdung:
- antihistamin
- decongestant
- ubat titis mata dan semburan hidung: Kedua-dua rawatan ini boleh membantu melegakan kegatalan dan gejala-gejala lain yang berkaitan dengan alergi bagi masa yang singkat. Walau bagaimanapun, bergantung pada jenis produk, anda mungkin perlu mengelakkan penggunaan ubat ini bagi jangka masa yang panjang.
Bincang dengan doktor sebelum memulakan ubat yang baru. Pastikan ubat alergi yang baru tidak mengganggu tindak balas ubat lain atau penyakit lain.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda .
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda .