Sulit
6 tahun
Batuk, sakit tekak, kahak ada darah
Saya mengalami batuk sakit tekak dan kahak ada darah dalam minggu ini. Saya tidak mengalami demam kecuali sakit kepala. Saya juga tidak mengunjungi mana2 tempat berisiko tinggi.
Tetapi hari ini anak saya berusia 6 tahun demam 37.7, dan batuk serta agak lemah (tidak aktif).
Perlukah saya dan anak saya mendapatkan pemeriksaan lanjut?
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda tentang risiko jangkitan Covid pada anak anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit tekak, batuk dan kahak berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus
- jangkitan kuman
- radang tonsil
- trauma
Walaubagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan penyakit virus COVID19. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anak anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































