Sulit
2 tahun
Batuk tak berhenti tapi tak kerap dan sakit tekak pbuat rasa macam tak selesa dan rasa sakit siked
Saya remaja 16 tahun … saya selalu sakit tekak … rasa seperti luka dalam … dan saya juga ada batuk batuk yg mana kalau die datang tu … susah nak tahan and nak berhenti … dan bila saya lepaskan … saya batuk dia agak susah untuk berhenti batuk …tapi tak selalu
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah sakit tekak dan batuk. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit tekak disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Jangkitan bakteria
- Alahan
- Refluks asid
- Laryngitis
- Pertumbuhan di tekak
Selain itu, masalah batuk berterusan boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit TB
- COPD
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.