
Sulit
2 tahun
Batuk tetapi bukan berterusan
Saya wanita berumur 41 tahun. Saya mengalami batuk atuk tetapi batuk tidak kerap. Batuk ni adakah disebabkan virus? Utk pengetahuan saya telah berada dirumah bermula 14hb march sehingga sekarang. Sudah mwnjalani ujian di doc on call dan keputusan janhkitam rendah. Blh batu saya kerana saya sering akn mengalami seperti panic attack setiap kali saya batulkadangkala terll

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Rawatan bergantung kepada punca batuk. Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.