
Sulit
4 tahun
Bau asap yang tidak wujud dan sakit kepala
Saya berumur 17 tahun dan pada 20/5 saya mula menghidu bau asap yang tidak wujud dan didapati hanya saya seorang sahaja dapat bau asap itu dan masih berlangsung hingga sekarang…
Saya juga mengalami sakit kepala yang berpanjangan pada 25/5 setelah bau asap tu dan ia semakin teruk dari hari ke hari saya telah mengambil panadol tetapi tidak memberi apa2 kesan,dan saya juga mengalami masalah untuk bernafas,semakin lesu,mual,lack of sleep dan stress sepanjang bermula bau asap itu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sakit kepala:
- Migrain
- Anemia atau kurang darah merah
- Hipoglisemia atau kurang gula di dalam badan
- Ketumbuhan atau kecederaan lampau di kepala
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Untuk makluman anda, perkara ini perlu diberi perhatian oleh anda dan doktor kerana ia mengganggu aktiviti harian anda dan pemeriksaan dan siasatan lanjut perlu dilakukan untuk mencari puncanya. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana kami bimbang ia berpunca dari masalah yang lebih serius.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Demam
- Pengsan
- Jantung berdebar
- Sakit dada
- Kesukaran bernafas
- Gangguan penglihatan (visual disturbances)
- Leher keras
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai inkuiri dan masalah anda. Terima kasih.