Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bayi 2 bulan demam dan tak boleh tidur malam

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 15, 2021 2:28 AM

Sulit 40 hari

Saya adalah kontak rapat dgn mak sy positif. Kami semua kuaratine dirumah. Selasa lps anak sy yg berumur 2 bulan negatif. Tapi hari ni dia dah demam. Adakah kemungkinan dia juga positif

Dr Sashini Seeni 40 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Umum mengetahui mengenai wabak COVID-19 yang masih belum berakhir, justeru kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja.
Tambahan lagi, demam yang bayi anda hadapi juga boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab lain. Oleh itu, pihak anda untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan lanjut. Memandangkan anda dalam tempoh kuarantin, anda disarankan untuk mengamalkan penjarakan fizikal yang ketat ketika menuju ke hospital atau klinik berdekatan serta memberitahu pegawai kesihatan/ doktor mengenai keadaan diri anda.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan ( swab test ) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.

Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:

  • Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
  • Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
  • Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
  • Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.

Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Anda juga diingatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka serta kerap membasuh tangan.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih

Dikemaskini pada: Sat May 15 2021 02:28:20 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19