
Sulit
4 tahun
Bayi 3 bulan tidak buang air besar 8 hari
Hi, baby saya berumur 3 bulan setengah, baby fully breastfees, selalu sebelum ni baby akan membuang air besar seminggu sekali atau dua kali, tapi sekarang dah 8 hari tidak membuang air besar…keadaan baby normal tiada menangis teruk, perut lembut, tidak meragam dan nak minum susu seperti biasa…adakah ini normal atau saya perlu bawa berjumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kekerapan untuk membuang najis seorang bayi bergantung kepada individu tersebut. Sesetengah bayi membuang najis sekali sehari, ada juga sekali dalam beberapa hari malahan ada juga sekali seminggu. Selagi perkembangan bayi anda sihat dan berat badan meningkat secara normal, anda tidak perlu begitu risau tentang bilangan kekerapan membuang najis.
Namun begitu sekiranya bayi anda mengalami simptom sembelit, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Antara simptom sembelit adalah:
- Bayi kerap menangis
- Kurang selera menyusu atau makan
- Meneran dengan berlebihan sehingga muka berubah warna merah tanpa keluar najis
- Najis yang sedikit dan keras
- Najis yang kering dan berwarna gelap
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lebih lanjut di klinik atau Hospital berdekatan. Anda juga boleh berhubung dengan kami di link ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi atas talian bersama pakar secara peribadi. Terima kasih.