
deendessy.8789
5 tahun
Bayi g6pd alahan susu formula lembu
Ank sy alahan pada susu lembu, susu formula ape yg sesuai untuk dminum oleh ank sy bayi g6pd

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anak anda alah kepada susu formula lembu, antara jenis susu yang boleh dicuba adalah:
- Susu bebas laktosa
- Susu kambing
- Susu formula khas - perlukan nasihat dari farmasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anak anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh bawa anak anda berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.