yati2325
4 tahun
Bayi G6PD noleh ke guna katil ceregem
Cucu saya kekurangan G6PD sejak 2 Mei 2019.Maka,kuningnya sekejap2 naik dan turun walaupun kerap diberi susu badan. Apakah patut kami buat? Saya bercadang nak guna katil ceregem dan selimutkannya dengan cadar ceregem utk bantu turunkan kuningnya. Mohon respon
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kekurangan G6PD adalah sesuatu keaddan/penyakit keturunan di mana enzyme glucose-6-phosphate dehydrogenase ( G6PD ) yang melindungi sel darah merah kurang dalam badan. Oleh itu sel darah merah senang diuraikan jika terdedah kepada beberapa jenis makanan atau ubatan.
Ceragem adalah sejenis teknologi dari Korea yang berfungsi untuk melegakan sakit otot dan melancarkan pengaliran darah. Anda boleh baca dengan lebih lanjut melalui link ini https://www.doctoroncall.com.my/soalan/ceragem-katil-urutan
Akan tetapi, penggunaan Ceragem tiada manfaat kepada pesakit G6PD deficiency. Untuk bayi baru lahir, adalah disarankan untuk menyusu badan secukupnya. Jika kekuningan bertambah, ianya terpulang kepada budi bicara doktor untuk memulakan phototherapy atau transfusion.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih