
Sulit
4 tahun
Bdn dedar bermula 10 mlm,setiap hari
Setiap hari,pkl 10 mlm bdn akn rasa dedar…bdn sy sihat,tidak lesu,selera mkn semua ok…kekadang sy cuba bersenam bg keluar peluh pd waktu mlm utk elak bdn rasa dedar…tp ttp juga sama…pkl 10 mlm,akm rasa dedar…bgn pg esk nya,sy sihat sperti biasa…mula 10 mlm,akn dedar semula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah badan dan tangan menggeletar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kegagalan jantung
- Atrial fibrillation (Ritma jantung yang tidak teratur)
- Angina pectoris (Penyakit jantung di mana sebahagian saluran darah anda telah tersumbat)
- Penyakit kegelisahan (Anxiety)
- GERD (Penyakit pedih ulu hati)
- Hipertiroidism
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.