
Sulit
4 tahun
Bengkak bahagian pangkal zakar
Salam sejahtera. Saya lelaki berumur 27tahun.
Sejak seminggu lepas, saya mengalami bengkak pada bahagian atas pangkal zakar. Hanya sakit apabila disentuh.
Setakat ini tiada masalah utk buang air kecil. Hanya bengkak yg jelas kelihatan seperti lebam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala bengkak pada pangkal zakar anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kista kulit (Cyst)
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Herpes genital - selain hubungan seks, jika pernah selesema kebelakangan ini dan menyentuh kemaluan selepas selesema juga boleh menjadi salah satu faktor
- Jika anda mempunyai isteri, kemungkinan jangkitan ketuat oleh virus HPV (mungkin berlaku jika isteri tidak dapat suntikan HPV)
- Jangkitan kulit seperti jangkitan kuman/kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan nasihat dan penerangan selanjutnya. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah