Sulit
3 tahun
Bengkak-bengkak di leher
Beberapa minggu lepas, ada bengkak kat leher saya and bila saya pergi klinik, doktor suspek saya menghidap tuberkulosis. Tapi saya buat tak kisah je sebab bengkak tu dah hilang. Beberapa hari lepas, ada bengkak baru berdekatan collarbone saya. Boleh saya tahu apa yang terjadi dengan saya
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan pada leher dan pada tulang selangka anda boleh disebabkan:
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan kuman dalam badan seperti tibi atau kanser darah/perut
- Sista (cyst)
- Gumpalan tisu lemak (lipoma)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti saiz dan konsistensi bengkak tersebut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.