
Anonymous
2 tahun
Bengkak di atas bahagia zakar
Saya lelaki dalam 20an, saya mengalami masalah buang air kerana bengkak di atas bahagian zakar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kencing pedih (dysuria) adalah istilah yang menggambarkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa kencing. Kesakitan ini mungkin berasal dari pundi kencing, uretra, atau perineum.
Berikut adalah antara penyebab kencing pedih yang utama:
Jangkitan
Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang) adalah penyebab yang paling biasa kencing pedih.Batu karang Apabila batu karang disingkirkan dari buah pinggang atau berkembang di pundi kencing, mereka boleh mencederakan “urothelium”, mengakibatkan keradangan dan kencing pedih.
“benign prostatic hyperplasia” (BPH) juga adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang
Halangan pada sistem kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih