Sulit

23 bulan

Zakar kawasan kulit batang sekeliling ada bintik2 nanah bila ditekan akan keluar cecair air putih nanah

Doktor,zakar saya pada kawasan kulit batang sekeliling warna pink dan kulit koko dah merebak oleh bintik2 bulat nanah apabila digaru atau cubit akan keluar cecair putih iaitu nanah…
Zakar saya gatal sangat2 kuat sehingga nanah ini apabila menggaru akan terhakis kulit dan menyebabkan pedih panas bila terkena air…

Masalahnya saya sudah jumpa doktor dan dapatkan cream miconazole untuk membunuh kuman/fungal yg gatal…tetapi dah 2 minggu tak sembuh2 lagi gatal ada la doktor …

Nanah ni kena cucuk dengan jarum baru keluar atau tekan dengan kuku atau garu lama2 smpai pecah kulit…sebab gatal kuat sangat…

Jadi doktor ubat cream apakah yang mujarab untuk membunuh bintik2 nanah ni doktor? Kenapa ia boleh tejadi ? Bilik kawasan saya lembap tak buka udara…ini punca utamanya .

Apakah rawatannya doktor? Tolong saya please.

Dr Ramzdhan,

23 bulan

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk makluman pihak anda, masalah zakar keluar nanah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya jangkitan pada zakar akibat:

  • Kurang menjaga kebersihan seluar dalam atau semasa mencuci bahagian kelamin
  • Menggunakan ubat yang telah lepas tarikh luput
  • Kelembapan daripada peluh berpanjangan yang boleh menyebabkan jangkitan kulat (fungal infection)
  • Penyakit kelamin

Selain itu, penyakit kulit juga boleh menjejaskan kulit di bahagian zakar.

Saya menyarankan agar menggunakan ubat yang belum lepasi tarikh luput, elakkan daripada menyapu sebarang krim pada kulit yang terjejas tanpa berbincang dengan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu, dan jaga kebersihan terutamanya di bahagian zakar.

Elakkan daripada menggaru atau menggunakan jarum untuk memecahkan kulit yang terjejas. Anda boleh membincangkan keadaan anda dengan doktor atau ahlia farmasi untuk pilihan ubat gatal yang boleh digunakan bersamaan dengan ubat rawatan nanah anda.

Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor dan menjelaskan keadaan anda serta ubat yang telah digunakan sebelum ini untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_255923743%20copy
AdobeStock_122256585

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)