Sulit

2 tahun

Ketulan di kawasan jahitan kulit tengah zakar

Saya lelaki 50an. Pada tarikh 9/3/2022 saya mengalami demam panas dari 9.00pagi hingga ke isyak, selepas mengambil 2 biji PCM 500mg, demam saya pun kebah. semasa di bilik air saya menyedari kawasan jahitan lama kulit tengah zakar membengkak. Esoknya saya telah ke KK utk rawatan Dr dan diberi ubat Prolase tablet dan Cloxacillin capsule 500mg.
Selepas pengambilan ubat, kawasan yg bengkak semakin surut tetapi terasa seperti digigit semut. pada 12/3/2022, saya mendapati dlm kawasan kulit yg masih bengkak terjadi ketulan bersaiz 1cm di sebelah kiri zakar dan pada 13/3/2022 ketulan itu semakin memanjang dan memejal seperti urat sepanjang pergelangan kulit zakar hingga ke sebelah kanan pula. ketulan tersebut berasa sakit bila dipicit.
Apa masalahnya Doktor?

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan anda, parut yang anda miliki mungkin merupakan parut keloid yang terdiri daripada tisu “fibrous”. Simptom-simptom yang biasa terdapat pada keloid ialah:

  • Kawasan yang kelihatan seperti isi kulit berwarna merah jambu atau merah
  • Gumpalan atau kawasan kulit yang timbul
  • Kawasan yang masih bertumbuh dengan tisu parut mengikut masa
  • Kulit yang gatal
    *Anda mungkin mengalami perasaan tidak selesa, sengal, atau berkemungkinan mengalami kegatalan daripada baju anda ataupun mana-mana kesan daripada bergeser.

Walaupun keloid tidak membahayakan kesihatan atau menjadi kanser, keadaan tersebut mengganggu penampilan diri. Keloid juga agak menyusahkan akibat kesakitan daripada geseran permukaan sehingga anda perlu mendapatkan rawatan. Keloid sering tumbuh semula selepas rawatan. Walaupun parut ini sukar untuk dihilangkan, terdapat beberapa rawatan yang boleh dipertimbangkan. Antaranya adalah pembedahan, “cryotherapy”, gel silikon, suntikan steroid dan sebagainya. Tetapi rawatan ini tidak semestinya dapat menghilangkan parut tersebut sepenuhnya atau parut mungkin kembali semula selepas rawatan.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_213059006

AdobeStock_180621166

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)