
Sulit
5 tahun
Bengkak otot belikat smpi ke bawah pinggul disusuli sakit di testikal
Salam. Saya lelaki berumur awal 30an belum berkahwin, saya ada masalah bengkak otot terutamanya di belikat, seblum ini hanya kiri sahaja setahun kemudian sakit berselang seli dgn belikat kanan. Sakit ini berlarutan sehinggalah testikel sy turut berasa tidak selesa. Saya mula sedari sakit ini dtg selepas mengeluarkan air mani dgn cara sengaja dan tidak sengaja, bila air keluar bdn saya akan sakit, dan bila tidak keluar air pun sakit tidak seteruk seperti bila air keluar… sy telah pun mendapatkan rawatan pakar orthopaedic dan hanya melakukan fisio, dan juga di SOPD sy diarahkn melakukan scan radiology testikal sy ada masalah hidrocel, saya tidak dirawat kerana hidrocel nya kecil. Saya turut mendapatkan rawatan urut, pengurut akan melakukan urutan sengkak(urut di otot ari-ari krn bengkak teruk), sakit sy di testikal akan reda selepas urut… soalan saya adakah air mani sy tersekat disebabkan bengkak di badan sya, atau sy ada masalh lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami seperti bengkak serta sakit sewaktu mengeluarkan air mani disertai boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah prostat
- Masalah seminal vesikel yaitu tempat penyimpanan air mani
- Jangkitan saluran kencing
- Keracunan / toksisiti
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.