
Anonymous
4 tahun
Bengkak pada cuping telinga,
Saya perasan ada warna merah mula ii picit ii tak keluar papepon,pastu esok nye tgk makin bengkak,pastu ada macam air kat dalam bengkak tu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Boleh saya tahu adakah bengkak tersebut serta bersama sakit ?
Penyebab sakit telinga boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:
- Bahagian luar telinga
- Jangkitan kulit atau selulitis :yang boleh terjadi akibat korek telinga
- Bahagian tengah telinga
- Jangkitan di bahagian tengah telinga adalah penyebab kepada ‘otitis media’ terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah disebabkan oleh bakteria atau virus yang menjangkiti cecair tetap yang berada di bahagian tengah telinga.
- Bahagian dalam telinga
Anda harus berjumpa dengan doktor jika sakitnya tidak berkurang ataupun mempunyai gejala gejala seperti demam , kurang pendengaran dan sebagainya. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih