
Anonymous
5 tahun
Benjolan besar dekat dubur
Selepas sy buang air besar. …sy berasa sakut dikawasan dubur…kemudian sehari kemudian sy susah melakukan pergerakan seperti berjalan atau duduk…apabila sy bergerak dubur sy mesti berasa sakit…dan bila sy check…rupa rupanya terdapat benjolan besar di dubur…apa itu doktor dan apa patut sy buat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap sejenis kondisi yang dikenali sebagai buasir atau haemorrhoids. Buasir terbentuk daripada tisu bahagian dubur yang bengkak akibat aliran darah yang tidak lancar. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko buasir ialah sembelit, kurang senaman, berat badan berlebihan dan penuaan. Buasir boleh menyebabkan tanda-tanda lain seperti kegatalan dan perdarahan dari dubur.
Rawatan buasir adalah bergantung kepada betapa seriusnya masalah buasir yang anda hadapi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar doktor boleh menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Secara amnya, buasir yang kecil boleh dirawat dengan meningkatkan pengambilan serat dalam diet pemakanan anda. Pengambilan serat akan melancarkan proses penghadaman makanan, melegakan masalah sembelit dan melancarkan aliran darah di bahagian dubur. Kapsul yang mengandungi ubat juga boleh disumbat ke dalam dubur untuk mengecutkan buasir. Jika rawatan konservatif adalah tidak berkesan atau buasir anda adalah terlalu besar, pembedahan yang kecil adalah diperlukan untuk membuang benjolan tersebut.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih