
rozanarayzam
4 tahun
Benjolan di tapak kaki
Saya mempunyai benjolan di tapak kaki. Bila tekan benjolan tu memang sakit. Di hadapan pula ada kesan gigitan. Selasa lepas ada banyak semut di dalam kasut. Saya tak perasan.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bengkak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cedera otot
- Gigitan serangga
- Abses
- Lipoma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapat rawatan sepatutnya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.