Sulit
5 tahun
Benjolan kecil di bahagian ketiak
Hi doktor. Saya perempuan berumur 21 tahun. Doktor, adakah biasa jika setiap kali saya pakai deodorant, beberapa hari selepas tu, timbul sebiji benjolan kecil dan sedikit sakit? Namun beberapa hari selepas tu benjolan tu hilang dan akan naik lagi jika saya kerap memakai deodorant. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan dibawah ketiak boleh disebabkan:
- Fibroadenoma
- Sista
- Jangkitan virus atau bakteria
- Lipoma
- Jangkitan kulat
- Penyakit lupus
- Kanser payudara
- Limfoma
- Leukemia
Kanser payudara amat jarang berlaku pada wanita bawah umur 20 tahun namun sekiranya anda mempunyai gejala-gejala pada payudara seperti:
- Perubahan pada puting payudara
- Struktur kulit yang berubah
- Bengkak
- Merah
- Bernanah
- Benjolan pada payudara
Anda boleh merujuk segera pada doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































