
Sulit
3 tahun
Benjolan keras di tepi keting kaki
13 hours
Hi doctor,lately nie sy perasan dibahagian sebelah tulang keting kaki sy ada satu benjolan keras dan tidak rasa sakit tp apabila ditekan terasa sakit sedikit.apabila kaki diluruskan benjolan sedikit muncul dan bila kaki dibengkokkan benjolan sedikit ke dalam. Boleh sy tahu benjolan ini bahaya atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah benjolan keras pada bahagian kaki dan amat membimbangkan anda. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Bisul
- Pembengkakan
- Kesan lebam
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Carbuncle
- Jangkitan kuman
- Kista
- Lipoma
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.