Sulit
4 tahun
Benjolan pada hujung dubur
saya lelaki berumur 26 tahun. minggu lepas ketika saya membuang air besar, terasa benjolan terkeluar pada dubur semasa meneran dan najis keras yang keluar (tiada darah). adakah itu buasir? keesokannya, saya buang air besar , masih terasa benjolan pada hujung dubur tetapi najis yang keluar lembik dan cair (tiada darah) dan berlanjutan sehingga 3 hari. apa yang saya perlu lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang terdapat pada kawasan dubur anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dan bernanah
- Buasir yang dijangkiti kuman
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Penyakit radang usus
- Kanser dubur
Manakala masalah benjolan pada kepala anda memerlukan lebih informasi seperti saiz, warna, jumlah dan jika ia berubah dari semasa ke semasa. Sekiranya masalah benjolan pada dubur anda berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.