
Sulit
5 tahun
Benjolan pada saluran epidimis
Saya lelaki usia 20-an…saya kerap beronani sehingga menyebabkan rasa sakit pada buah zakar kebelakangan ini…saluran epidimis saya juga muncul benjolan keras…apakah kesan dri gejala ini dan cara terbaik untuk menghilangkan benjolan tersebut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Bagi mengatasi masalah ini, anda digalakkan:
- Elakkan mempunyai pasangan seksual pelbagai
- Kerap minum air
- Antibiotik/ antiviral
Benjolan ini mungkin berkaitan dengan onani ataupun disebabkan punca yang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi daripada penyakit ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.