Sulit
3 tahun
Berak bercampur darah
Hi, tadi saya buang air besar and then saya tengok tahi saya tu dia warna seperti biasa coklat tapi dia macam bercampur warna merah sedikit. Sebelum ni ada jadi yang sama. And then masatu tetiba saya rasa sakit macam nyeri dekat bahagian dubur. Maksud dia apa ye? Mohon pencerahan
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya darah segar pada najis (Hematochezia):
- Buasir
- Fisur dubur (Anal fissure)
- Polip usus atau Familial adenomatous polyposis (FAP)
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- Gangguan neoplasma
Sekiranya gejala-gejala tersebut berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter segera.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.